Pembangkang akan dipelawa bersama kerajaan dalam buat keputusan – Muhyiddin

Share

Kerajaan berhasrat untuk melibatkan pemimpin pembangkang menyertai mesyuarat-mesyuarat untuk bersama-sama terlibat dalam membuat keputusan dan dasar.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelawaan itu adalah dalam usaha kerajaan memperluas kerjasama bipartisan.

Perdana Menteri berkata, kerjasama yang akan dirintis kerajaan bersama pembangkang juga menjangkau pembentangan Belanjawan 2021.

Kata Muhyiddin, sebagai langkah permulaan, beliau ingin mengundang pembangkang untuk duduk bersama-sama dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan beliau setiap minggu.

Begitu juga dalam mesyuarat pengurusan pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri setiap hari.

“Pendekatan baharu ini untuk kebaikan semua, tidak boleh kita anggap belanjawan untuk kerajaan sahaja, ini belanjawan rakyat.

“Kita nak dilihat mesra pelanggan, kalau baik cadangan itu, kita ambil. Ini langkah permulaan, seterusnya saya nak pelawa pembangkang untuk sama duduk dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan setiap minggu,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam dalam program Agenda AWANI Khas Bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu,

Sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin berkata, beliau mahu mendengar pandangan dan buah fikiran pembangkang dalam apa sahaja isu yang mencakupi perihal rakyat.

Bahkan, tegas beliau, sekiranya pembangkang mempunyai idea dan saranan yang baik dan langkah yang difikirkan berkesan, mereka terbuka untuk berkongsi dengan kerajaan.

“Bukan soal nak dapat kredit kepada mereka saja, tapi untuk rakyat dapat faedah daripada pandangan mereka,” kata beliau lagi. Awani

Ini sebabnya GPS tidak menyertai Perikatan Nasional

Leave a Reply