Permit jualan mercun, bunga api lulus 2 minggu sebelum raya [VIDEO]

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sudah menerima permohonan daripada peniaga untuk menjual mercun dan bunga api di negeri ini menjelang sambutan hari raya Aidilfitri pada bulan depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bagaimanapun, permit itu akan diluluskan dua minggu sebelum 1 Syawal nanti.

Menurutnya, sehubungan itu, semua ketua-ketua polis daerah telah bersedia untuk proses permohonan permit jualan mercun dan bunga api di negeri ini.



“Kita menjangkakan permohonan jualan kedua-dua barangan itu meningkat pada tahun ini memandangkan rakyat tidak lagi berdepan dengan sekatan seperti ketika pandemik Covid-19.

“Jadi, kita akan lihat tarikh yang sesuai dan kebiasaannya kelulusan permit akan dikeluarkan serentak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyampaian Bubur Lambuk di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Pengkalan Chepa di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, menurut Muhamad Zaki, pihaknya akan melihat pelbagai aspek terutamanya kriteria pemohon dan kuantiti jualan mercun sebelum memberi kelulusan kepada peniaga.

Katanya, polis Kelantan masih belum membuat sebarang tangkapan kegiatan penyeludupan melibatkan mercun di negeri ini setakat seminggu bulan Ramadan ini.



Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan kawalan di kawasan sempadan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kawalan sempadan sentiasa dijalankan secara berterusan. Saya baru sahaja pulang dari Thailand selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa di sana.

“Ada beberapa perkara dan strategi baharu yang akan kita dilaksanakan untuk mengekang kegiatan jenayah termasuk dadah, senjata, api dan penyeludupan,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia



Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker