Medan selera Tanjung Bungah P Pinang terbakar

Share

Kira-kira 30 gerai makanan dan minuman di Medan Selera Mutiara di Jalan Sungai Kerian, Tanjung Bungah, musnah dalam kebakaran hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal Mohd Rizuan Ramli berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.19 pagi dan mendapati api sedang marak di medan selera itu.

“Kebakaran itu melibatkan kedai makanan dan minuman jenis terbuka iaitu medan selera dengan keluasan keseluruhan 5,000 kaki persegi. Anggaran kemusnahan di tempat kejadian sekitar 70%,” katanya hari ini.

Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran pada 10.50 pagi dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian dengan bantuan BBP Jalan Perak serta Bayan Baru.

Katanya, peniaga dan pelanggan yang sedang menjamu selera ketika kejadian sempat menyelamatkan diri selepas menyedari kebakaran bermula. Bernama

Tanah runtuh: Projek mewah di Tanjung Bungah terjejas

Leave a Reply