DAP mengamuk! Tiada peruntukkan untuk sekolah tidak berpelembagaan dalam Belanjawan 2021

Ahli parlimen pembangkang mempersoalkan Belanjawan 2021 yang menurut mereka meminggirkan sekolah vernakular.

Ahli parlimen DAP mengecam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak memperuntukkan dana untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam Belanjawan 2021, yang dibentangkan di Dewan Rakyat, petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, semasa era Pakatan Harapan, Sekolah Menengah Persendirian Cina diperuntukkan RM12 juta pada tahun 2019 dan dana tersebut meningkat kepada RM15 juta di bawah Belanjawan 2020.



Namun, Khoo, yang menyentuh Belanjawan 2021 hari ini, berkata bahawa tidak satu sen pun akan masuk kepada 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di negara ini dan jelas bahawa PN tidak menghormati sekolah-sekolah vernakular.

Sambil menyatakan kekesalannya atas kejadian itu, Khoo mengkritik MCA dan meminta presidennya, Wee Ka Siong untuk menjelaskan kepada masyarakat Cina bagaimana sekolah-sekolah yang sama-sama dilanda Covid-19, akan mengalami nasib semasa kejatuhan ekonomi kerana wabak tersebut.

Empat pelajar sekolah menengah antara 21 ditahan sertai pesta dadah



“Usaha Pakatan Harapan sekali lagi sia-sia. Di manakah kehendak MCA untuk melindungi pendidikan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina?” soalnya.

Sementara itu, bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching juga menggunakan media sosial untuk menyatakan kekecewaannya terhadap perkembangan tersebut.

“Peruntukan untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina akan menjadi sejarah setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Manakala, Exco Kerajaan Negeri Selangor, V Ganabatirau (gambar atas) meminta kerajaan PN supaya mempertimbangkan semula peruntukan khas kepada sekolah vernakular.



Ini selepas tiada peruntukan khas bagi sekolah jenis Tamil disebutkan dalam ucapan belanjawan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz hari ini.

“Sebelum ini sejak 2013, tiap-tiap tahun SJKT dan SJKC dapat peruntukan khas RM50 juta masing-masing.

“Kali ini, PN umum RM800 juta secara am untuk semua sekolah. Jadi, kemungkinan sekolah vernakular tidak akan ada keutamaan.

“Kerajaan PN perlu pertimbangkan semula peruntukan khas dalam RM800 juta ini,”



Dilaporkan bahawa kerajaan PN akan memperuntukkan RM50.4 bilion untuk kementerian pendidikan, yang menyumbang 15.6 peratus dari belanjawan.

Pelajar tingkatan 5 maut dilanggar pemandu mabuk



Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker