Belanjawan 2021: Penjawat awam terima bantuan khas RM600, pesara RM300
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan itu sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah.
“Sejak dilantik sebagai menteri hampir lapan bulan yang lalu, dan datangnya saya daripada sektor korporat, mata saya terbuka kepada betapa komitednya dan teguh setianya penjawat awam dalam menjalankan amanah yang diberi.
“Tanpa mengenal penat lelah, mereka telah berkhidmat melangkaui ekspektasi, and rose beyond the call of duty untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021.
Tambah beliau, pesara kerajaan dan veteren tidak berpencen juga akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM300 yang akan turut dibayar pada awal 2021. Awani
You must be logged in to post a comment.