Taktik keji kakitangan hospital terbongkar
Kuala Lumpur: Mendakwa pesakit perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum bertemu doktor, menjadi taktik keji seorang kakitangan sebuah hospital untuk mencabul dan melakukan perbuatan tidak bermoral ke atas pesakit lelaki.
Kejadian berlaku pada 2.15 petang Isnin lalu ketika mangsa berusia 27 tahun hadir ke wad kecemasan hospital itu berikutan demam denggi, sebelum suspek membawanya untuk menukar pakaian.
Menurut sumber sebaik selesai mengenakan pakaian hospital, mangsa mendakwa dibawa ke satu bilik dan suspek berpura-pura ingin memeriksa mangsa dan mengarahkan dia menanggalkan seluar.
“Suspek didakwa meraba meraba, mencabul dan melakukan perbuatan keji kepada mangsa serta kejadian berlaku beberapa minit sebelum terhenti apabila doktor masuk ke bilik itu.
“Mangsa yang pelik dengan tindak tanduk suspek kemudian menceritakan kejadian kepada doktor, selain suspek didakwa turut mengambil seluar dalam mangsa,” katanya di sini, hari ini.
Sumber berkata, susulan itu doktor menasihatkan mangsa membuat laporan polis.
“Dia yang trauma dengan kejadian itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Suspek masih belum ditahan kerana sedang menjalani kuarantin Covid-19 dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya.
HM
Remaja 17 tahun jadi mangsa rogol bapa saudara
You must be logged in to post a comment.