C5 didakwa buat ‘grand design’ untuk hancurkan Umno
Datuk Zaharin Mohd Yasin mendakwa ketika ini wujud kumpulan dikenali sebagai C5 yang sedang merancang satu ‘grand design’ untuk menghancurkan Umno.
Bekas pemimpin Umno itu berkata, kumpulan C5 terdiri dari pemimpin Bersatu dan Pas biarpun parti itu tidak pernah menyatakan terlibat dalam rancangan tersebut.
Bekas pengacara TV3, Datuk Dahlan Makmor mewawancara Datuk Zaharin Yassin mengenai politik.
“Ada satu kelompok yang dikenali sebagai C5. Ada yang berkata C5 ini melibatkan ahli Pas juga di dalam itu dengan satu grand design untuk membunuh Umno.
“Kalau tengok dari kenyataan-kenyataan Pas, tak ada yang menyebut bahawa dia tidak ada hasrat dan minat untuk terlibat dalam satu grand design menghancurkan umno
“Sebaliknya dapat dilihat (Pas) asyik sibuk mempertahankan dan menyokong PM. Dengan itu, dalam kalangan ahli parti khasnya Umno, rasa tersinggung dengan kelompok C5 ini,” katanya dalam satu wawancara di Youtube MABA Channel baru-baru ini.
Sebelum ini, Malaysia Dateline pernah mendedahkan bahawa wujud kumpulan C5 yang terdiri dari lima pemimpin sebagai perancang strategi paling atas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sumber memberitahu, C5 telah wujud sejak lebih sebulan lalu lagi ketika kerajaan PN mula bercelaru atau sebelum kerajaan PN terbentuk lagi.
“C5 ini gabungan lima pemimpin Bersatu, Umno dan Pas yang berperanan untuk wujudkan Muafakat Nasional (MN Plus) dan berketuakan Muhyiddin,” kata satu sumber menerangkan siapakah C5.
Menjawab persoalan bagaimana Umno boleh ‘dimatikan’, Zaharin berkata ia boleh terjadi mengikut undang-undang apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan parti itu.
Beliau berkata, sehingga kini Umno masih belum mengadakan sidang di peringkat bahagian yang dengan itu tidak membolehkan perhimpunan Agung Umno dilakukan.
Sekiranya itu berlaku katanya, Ros boleh membatalkan Umno kerana melanggar peraturan.
“Kalau Ros ambil tindakan membatalkan Umno, Umno tak boleh jawab apa.
“Apa yang dilihat sekarang, C5 adalah orang yang menyerang Umno. kalau kita tengok cara-cara dilakukan, nampak dalam media sosial bahawa ianya ke arah itu,” katanya lagi.
Siapakah C5 di belakang kerajaan PN?
Siapakah pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikenali sebagai C5, yang selama ini merancang pelbagai tindakan bagi pihak kerajaan.
Inilah persoalan yang timbul selepas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam tulisan di facebook beliau memaklumkan kewujudan mereka.
Puad menyebut C5 ketika mendedahkan siapakah dalang di belakang portal berita yang baru wujud yang sentiasa menyerang Umno dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dikatakan Azmin Ali adalah pay master kepada portal ini. Apakah Hamzah juga terlibat. Ada yang kata C5 terlibat.
“Bagaimana C5 terlibat. Mudah je. Bocorkan maklumat dalaman. Pusing fakta dan timbulkan provokasi. Macam ada konspirasi terancang sejak 20 September,” tulis Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Siapakah C5?
“Bukan Citroen C5. Bukan juga Chevrolet Corvete C5 bro. Bukan juga Samsung Galaxy C5. Ini kumpulan perancang strategi paling atas dalam kerajaan PN,” kata satu sumber kepada Malaysia Dateline.
Ada yang berkata, C5 ini wujud sejak lebih sebulan lalu lagi ketika kerajaan PN mula bercelaru manakala ada juga yang berkata ia wujud sebelum kerajaan PN terbentuk lagi.
“C5 ini gabungan 5 pemimpin Bersatu, Umno dan Pas yang berperanan untuk wujudkan MN Plus dan berketuakan Muhyiddin,” kata satu sumber menerangkan siapakah C5.
Menurut sumber lain, C5 adalah lima pemimpin yang menjadi perancang kepada kerajaan PN ketika perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk dan tidak upaya untuk menjalankan semuanya kerana faktor kesihatan. MD
NOTA ADMIN : TIDAK DAPAT DIPASTIKAN SEJAUH MANA KEBENARAN DAKWAAN INI
Dlm politik ni mgkin klu nk naik cpt kena keras hati dan sanggup tikam belakang baru cpt naik..tp ingat langit tidak selalu cerah ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI