Covid-19: 1054 kes baru hari ini dengan 12 kematian
Jangkitan kes baru Covid-19 kembali 4 angka, apabila merekodkan 1,045 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 678 kes diikuti Selangor, 125 kes.
Sebanyak 12 kematian dilaporkan hari ini di mana semuanya di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 34,393 kes dengan kes aktif sebanyak 10,135.
Dia berkata daripada kes baru itu juga, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 678 kes.
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
3 Nov 2020
Kes sembuh=875
Jumlah kes sembuh=23,995 kes
Kes baharu positif=1,054
(kes import=14, kes tempatan=1,040)
Jumlah positif=34,393 kes
Kes kematian=12
Jumlah kes kematian=263 kes
Kes dirawat di ICU=94 kes
Bantuan Alat Pernafasan=32 kes
Berita lanjut menyusul