Remaja dirogol 6 lelaki warga asing
Ampang: Enam lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki memperkosa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang melarikan diri dari sebuah rumah perlindungan.
Perbuatan kesemua lelaki suspek yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) itu terbongkar selepas remaja terbabit diselamatkan pegawai polis yang menemuinya merayau seorang diri di Taman Komersial Pandan Indah di sini, 5.30 petang Sabtu lalu.
“Pengadu membawa remaja itu ke balai polis berhampiran selepas mengesyaki mangsa dirogol oleh beberapa lelaki warga asing.
“Mangsa yang sudah tidak bersekolah dan pernah mendapat perlindungan tetapi melarikan diri sejak awal tahun lalu. Ibu bapa mangsa pula sudah bercerai.
“Siasatan awal mendapati mangsa dirogol beberapa kali di sekitar Ampang.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis yang menjalankan siasatan lanjut berjaya mengesan dan menahan enam lelaki warga asing berusia 16 hingga 25 tahun bekerja sebagai buruh semalam.
“Dua suspek didapati positif dadah jenis opiat dan THC (Tetra Hydrocannibol),” katanya.
Menurutnya, kesemua suspek direman 15 hari bermula semalam sehingga 15 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-HM
Pekerja kedai runcit dirogol majikan selepas diberi minuman keras
You must be logged in to post a comment.