Ini Sebabnya FINAS Tersenarai Dalam ‘End Credit’ Star Wars: The Mandalorian

Star Wars pada tahun lalu telah melancarkan siri The Mandalorian menerusi platform Disney+. Siri ini nampaknya berjaya menarik perhatian ramai khususnya para peminat francais Star Wars. Siri ini nampaknya telah diteruskan menerusi musim kedua yang mulai ditayangkan bermula semalam.

Apa yang menarik perhatian ramai pada episod pertama musim kedua ini selain daripada jalan ceritanya yang epik adalah penyertaan logo FINAS yang diberi penghargaan pada akhir episod ini sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya.

the-mandalorian-season-2-1604051753

SUMBER: DIGITAL SPY

Difahamkan logo FINAS disertakan pada end credit episod ini disebabkan adanya penglibatan hasil kerja studio grafik yang bertempat di Malaysia yang menjayakan siri ini pada episod kesembilan sekaligus membolehkan produksi ini menerima insentif sebanyak 30% daripada pihak kerajaan.

Menurut CEO FINAS, Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri penawaran insentif daripada FINAS ini secara tidak langsung membuka peluang buat studio di Malaysia untuk terus berkembang sekaligus meningkatkan kemahiran tenaga kerja di Malaysia dalam industri perfileman. Selain itu, rebat yang ditawarkan turut meningkatkan peluang produksi luar memilih studio dari Malaysia untuk bekerjasama.

Dr–Ahmad-Idham-bin-Ahmad-Nadzri

CEO FINAS, DR. AHMAD IDHAM BIN AHMAD NADZRI.

Dilaporkan pihak produksi luar sama ada siri atau filem yang berbelanja lebih RM385,000 sejam untuk hasil kerja studio dari Malaysia berpeluang mendapat rebat daripada FINAS. Tahniah diucapkan buat studio Base FX serta FINAS yang terlibat atas hasil kerjasama bersama pihak Disney.TheVocket.com

Video TikTok, YouTube tak perlu lesen Finas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker