Buasir? Ikut Pantang Larang Jangan Makan Makanan Ini
Buasir terjadi disebabkan salur darah vena membengkak dan meradang di bawah rektum dan sekitar dubur. Jika anda mengalami buasir, banyak pantang larang terutamanya dalam makanan untuk mengelakkan daripada buasir menjadi lebih teruk.
Pesakit buasir perlu memilih makanan yang tinggi dengan serat untuk mempercepatkan pemulihan. Tetapi ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Wajib elak!
Produk Tenusu
Produk tenusu memberikan ketidakselesaan dan menghasilkan gas yang menyebabkan kesakitan dan kekejangan semasa sembelit. Jika seseorang itu tidak tahan kepada lactose, mereka akan mengalami cirit-birit dan menyebabkan sakit buasir bertambah teruk.
Makanan Masin
Makanan masin mengurangkan kandungan air dan kering dalam najis. Keadaan ini membuatkan badan menyedut lebih air dari usus untuk mengimbangi garam yang berlebihan dalam dalur darah.
Daging Merah
Mengambil masa yang lama untuk menghadam, daging juga mengandungi serat yang rendah. Pengambilan daging merah boleh mengurangkan serat harian dalam diet anda dan kandungan lemak yang tinggi dapat meningkatkan risiko sembelit.
Makan Bergoreng & Ringan
Kaya dengan kandungan lemak dan rendah dalam serat, kombinasi makanan bergoreng dan makanan ringan akan melambatkan penghadaman seperti memakan daging merah.
Makanan Pedas & Minuman Berkafein
Tak sesuai untuk memakan makanan pedas ketika sembelit kerana kesakitan dan ketidakselesaan ketika membuang air besar. Minuman berkafein juga boleh menyebabkan najis menjadi keras dan susah ketika membuangnya. Mereka yang mempunyai buasir akan mengalami komplikasi ketika menghadapinya.
Walaupun ada beberapa keadah untuk mengelak dan merawat tetapi pemakanan merupakan faktor terbesar kepada terjadinya Jika gejala buasir tidak ada penambahbaikan selepas anda menjaga makanan, segera dapatkan rawatan daripada doktor. Wn
Jangan Malu! Menahan Kentut Terlalu Lama Boleh Mendatangkan Bahaya
You must be logged in to post a comment.