Najib tidak setuju KKM cadang pesakit Covid-19 jalani kuarantin di rumah
Najib Razak tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa pesakit yang didapatif positif Covid-19, tidak tidak bergejala akan menjalani kuarantin di rumah secara kendiri.
Najib berkata, walaupun pendekatan seperti itu digunakan di negara Barat tetapi menurutnya negara itu jugalah yang merekodkan jumlah ratusan ribu atau jutaan kes membabitkan Covid-19.
“Tiada jaminan pesakit positif Covid-19 yang kuarantin di rumah tidak akan menjangkit ahli keluarga mereka yang kemudiannya berpotensi menular ke masyarakat tempatan.
“Kini ada banyak hotel dan pusat konvensyen yang bisnessnya kurang, lebih elok kerajaan gunakan tempat tersebut untuk kuarantin pesakit Covid-19. Pastikan mereka juga akan dikawal,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, KKM memaklumkan akan mempertimbangkan langkah kuarantin di rumah bagi pesakit yang didapati positif, namun tidak bergejala terutama di Sabah jika fasiliti kesihatan di negeri itu tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.
Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah katil yang disediakan di hospital serta pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 risiko rendah di Sabah setakat ini masih mencukupi.
Katanya, langkah kuarantin di rumah perlu melihat kepada kesesuaian di rumah pesakit, termasuk faktor ruang.
Manakala itu Najib berkata, pihak yang berkemampuan pula boleh membayar sendiri kos kuarantin, manakala individu dari kelompok B40 pula dibiayai oleh kerajaan atau syarikat insurans menerusi skim kesihatan MySalam.
“Jangan sebab mahu jimatkan sedikit duit nanti kita perlukan kos yang lebih besar untuk membendung sebab seorang yang positif Covid-19 mampu menjangkiti ribuan individu lain,” katanya.
Tambahnya, kebenaran menjalani kuarantin di rumah pada Julai lalu bagi mereka yang pulang dari luar negara menyebabkan wujudnya kluster Sivagangga di Kedah, yang memberi kesan dari segi kos dan memakan masa berbulan-bulan untuk mengawalnya.
“Walaupun kerajaan sudah membetulkan kesilapan setelah saya mendesak beberapa kali masa itu, termasuk dalam Parlimen dengan mengarahkan mereka kuarantin di pusat kuarantin kerajaan, ia sudah terlambat.
“Harap kerajaan tidak akan mengulangi kesilapan,” katanya. FMT
Harap pihak2 yg berkenaan lihat dengar dan peka isu yg DSN bangkitkan ini..kita x mahu nt virus ini merebak dan menjangkiti lebih ramai lg manusia akibat kesilapan yg sepatutnya blh dielakkan..
CEGAH SEBELUM PARAH
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
KITA JAGA SAMA-SAMA
KITA MAMPU MENGUBAHNYA