Sudan, negara Arab ketiga iktiraf Israel

Sudan, negara Arab ketiga iktiraf Israel
Donald Trump bercakap dalam talian dengan pemimpin Sudan dan Israel, sambil diperhatikan Setiausaha Negara Mike Pompeo (kiri), penasihat kanan Jared Kushner dan Penasihat Keselamatan Robert O’Brien, di Rumah Putih, 23 Okt, 2020. (Foto AP)

Washington: Sudan menjadi negara Arab ketiga mengiktiraf Israel.

Pengumuman yang dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump itu sekali gus memperlihatkan kejayaan diplomatik beliau menjelang pilihan raya presiden AS awal November depan.

Ia juga memberikan pencapaian dasar luar untuk Trump dengan mengangkat lagi sekutunya, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

“Negara Israel dan Republik Israel bersetuju untuk berdamai. Ia diusahakan sejak beberapa tahun lalu untuk mengeratkan hubungan kedua-dua negara.



“Untuk beberapa dekad, Sudan berada dalam mod ketegangan dengan Israel.

“Hari ini, perjanjian perdamaian ini akan memperkasakan lagi keselamatan Israel dan mengakhiri pengasingan Sudan dari dunia.

“Ia akan membuka peluang baharu kepada perdagangan, pendidikan dan kajian dengan kerjasama kedua-dua negara ini,” kata Trump pada Jumaat.

Pengumuman itu menyaksikan pengukuhan hubungan Sudan dengan Negara Barat.

Setakat bulan lalu, negara Arab yang mengiktiraf Israel adalah Jordan dan Mesir selepas AS bertindak sebagai perantara.



Netanyahu memberi keutamaan untuk menjalinkan hubungan dengan negara-negara Afrika dan Arab yang sebelum ini memusuhinya.

Dakwanya, perjanjian itu juga bertujuan untuk menyatukan negara-negara Arab untuk melawan musuh bersama mereka, Iran-Awani

Sudan tolak syarat AS untuk jalin hubungan dengan Israel



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker