Pada usia 75 tahun, pemain Mesir ini ‘footballer’ profesional tertua di dunia

Pada usia 75 tahun, pemain Mesir ini 'footballer' profesional tertua di dunia
Ezzeldin Bahader disahkan sebagai pemilik rekod tersebut pada 6 Oktober lalu selepas satu perlawanan dalam liga divisyen tiga Mesir. – REUTERS

REKOD Dunia Guinness telah mengiktiraf Ezzeldin Bahader sebagai pemain bola sepak profesional tertua di dunia.

Pemain berusia 74 tahun itu disahkan sebagai pemilik status tersebut pada 6 Oktober lalu selepas satu perlawanan dalam liga divisyen tiga Mesir.

Dia sebelum ini diminta tampil dalam dua perlawanan di peringkat profesional untuk membolehkan dia meraih rekod berkenaan.

Biarpun gagal menyempurnakan penalti dalam perlawanan berkenaan, namun Bahader menerima sorakan daripada keluarga dan peminat.

Bapa empat anak dan datuk kepada enam orang cucu itu mula bermain secara profesional pada Januari lalu untuk mendapatkan rekod tersebut.

Dia yang bakal mencecah usia 75 tahun November ini membuat penampilan sulung dalam perlawanan divisyen tiga pada Mac lalu, dan berjaya menjaringkan satu gol walaupun mengalami kecederaan.

“Saya menjadi pemain bola sepak profesional tertua yang menjaringkan gol dalam perlawanan rasmi,” kata Bahader kepada BBC Sport selepas tamat perlawanan.

Sebelum ini, rekod pemain bola sepak profesional tertua dipegang pemain Israel, Isaak Hayik, yang menerima rekod itu ketika berusia 73 tahun – Awani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker