Jenama Pakaian Keluarkan Koleksi Pakaian ‘Kerja Dari Rumah’ Tanpa Seluar
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ada yang benar-benar selesa dan seronok untuk menghadapi norma baru ini kerana berpeluang untuk tidur lena sehingga lewat pagi, sebaliknya, bagi sesetengah orang waktu sebegini merupakan satu situasi yang sungguh mencabar.
Tetapi satu perkara mengenai berkerja dari rumah yang mungkin kita semua boleh bersetuju adalah perubahan cara pemakaian formal. Tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan dan bekerja di suasana profesional, kita tidak lagi perlu mengorbankan keselesaan kita untuk kelihatan formal.
Oleh itu beberapa syarikat jenama pakaian telah mengadakan kempen iklan untuk koleksi pakaian kerja dari rumah yang hanya merangkumi baju tanpa seluar. Ini berikutan gaya tersebut merupakan gaya pilihan ramai yang bekerja dari rumah apabila perlu menjalani mesyuarat online.
Situasi tersebut sangat dapat difahami kerana tiada siapa yang ingin bersusah memakai pakaian lengkap jika tiada siapa yang akan melihat. Dalam poster kempen yang dikeluarkan model-model dilihat berpakaian kemas dan profesional tetapi hanya sampai ke paras pinggang dan selebihnya mereka hanya memakai seluar pendek dan selipar bilik.
Gaya tersebut kelihatan sungguh lucu apabila digambarkan sebagai koleksi pakaian yang rasmi, namun itulah hakikat sebenar yang turut dipraktikkan ramai pekerja. Rata-rata netizen turut menganggap kempen iklan itu satu idea yang bagus.
Kredit: Himpunan Cerita Lawak
Najib persoal `kecenderungan’ Azmin terhadap pakaian dalam