Tunang Jamal Khashoggi saman Putera Mahkota Arab Saudi
TUNANG Jamal Khashoggi memfailkan saman sivil ke atas Putera Mahkota Arab Saudi atas dakwaan mengarahkan pembunuhan kolumnis Washington Post itu.
Hatice Cengiz memfailkan saman tersebut di Washington DC, Amerika Syarikat (AS).
Dalam saman itu, Cengiz yang merupakan warga Turki menuntut kerugian dan kecederaan atas kematian Khashoggi.
Beliau mendakwa Khashoggi dibunuh atas arahan dari Putera Mohammed Salman.
Peguam mewakili Cengiz memaklumkan, saman difailkan bagi mendapatkan pembelaan ke atas pembunuhan Khashoggi.
Mereka juga mahu mendapatkan dokumen yang akan mendedahkan kebenaran di sebalik pembunuhan itu.
Khashoggi dibunuh agen Arab Saudi ketika mengunjungi bangunan konsulat di Istanbul, Turki pada 2018.
Sehingga kini, mayatnya tidak ditemui.
Khashoggi merupakan antara pengkritik tetap kerajaan Arab Saudi dan hidup dalam buangan di AS.
Putera Mohammed Salman bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan Khashoggi. Awani
SPRM buru Nurfadziana tunang bekas Setiausaha Mohamaddin Ketapi
You must be logged in to post a comment.