Sumareh mula mengganas, jaring gol pertama
THAILAND – Pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh membuka langkah apabila membuat penampilan pertama bersama Police Tero FC dalam satu perlawanan persahabatan.
Ini kerana bekas pemain Pahang itu membantu skuad bimbingan Rangsan Viwatchaichok Police itu menewaskan kelab Thai League 2, Uthai Thani FC 4-3.
Lebih menarik, pemain Harimau Malaya itu turut menjaringkan gol dalam perlawanan itu.
Gol Police Tero lain diperoleh menerusi dua jaringan penyerang, Arthit Boodjinda dan Nattaphol Sukchai.
Walaupun hanya perlawanan persahabatan, kejayaan Sumareh itu mampu mengurangkan tekanan ke atas dirinya dan mula menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Rangsan.
Sementara itu,, Police Tero akan turun menentang Muangthong United di laman sendiri dan Sumareh mungkin diturunkan pada perlawanan yang akan berlangsung Ahad ini. MG
You must be logged in to post a comment.