Datin Alyaa bengang dituduh scammer, suami lari lompat pagar SPRM

“Asal Datuk Seri je suami saya kena. Asal lari je suami saya kena tuduh. Siap orang panggil gemuk babi bagai. Kenapa, keluarga korang tak ada yang gemuk ke? Tanya je, ke muka diaorang macam babi?

“Lepas ni apa korang nak tuduh? Terutamanya media yang suka viralkan benda belum sahih! Yang netizen pun sibuk nak hukum orang lain, acah-acah ahli syurga.

“Sendiri tak cermin muka, cakap macam tak ada agama. Dasar manusia munafik,” demikian tulis Datin Alyaa Syuhaila menerusi ruangan IG Stories yang bengang apabila suaminya dikenali dengan nama Datuk Seri Addy Kanna dituduh sebagai individu yang melarikan diri dengan melompat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Klik untuk gambar besar

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu individu yang didakwa terlibat dalam sindiket Macau Scam dan perjudian berjaya melarikan diri dengan melompat pagar SPRM.

Kata Alyaa yang merupakan individu yang ditahan membantu siasatan berhubung kes tersebut itu lagi, dia turut kecewa apabila netizen mencaci dan menghina fizikal serta bentuk badan suaminya serta yang menyamakan dengan binatang yang haram dimakan oleh Muslim iaitu babi.

Dalam pada itu Alya turut meminta netizen supaya berhenti mengada-adakan cerita selagi mereka belum disabitkan kesalahan kerana bimbang boleh jatuh fitnah jika tiada bukti. Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan mereka memberi kerjasama penuh untuk membantu pihak SPRM.

“Berhenti la buat cerita bukan-bukan, biar polis lakukan siasatan. Kalau dah ada bukti kami Macau Scam baru korang boleh cakap apa je. Kalau kami ni Macau Scam, buktikan dulu… Kalau kami tak buat scam boleh jatuh fitnah. Yang menghasut ni pun acah-acah ahli syurga.

“OKT maksundnya Orang Kena Tangkap. Tapi belum tentu orang kena tangkap tu bersalah. SPRM jalankan siasatan. Kes ini pun masih dalam siasatan dan kami akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu SPRM,” tuturnya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story lagi, dia sebelum ini pernah menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dengan kegiatan haram tersebut dan disebabkan itulah akaun media sosial masih aktif seperti biasa.

“Saya pernah cakap sebelum ini saya dan suami tiada kaitan dengan Macau Scammer ini. Kalau saya menipu duit orang dah lama saya lari dan tutup akaun IG ni. Tapi orang fitnah kami sana sini cakap kami Macau Scam. Ada berita mentioned nama kami?” katanya.

Nama Alyaa dan suami mula ‘panas’ apabila warganet mengaitkan mereka dengan aktiviti haram, penggubahan wang haram dan Macam Scam apabila ditahan SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Suami Alyaa turut dituduh sebagai individu bergelar Datuk Seri yang melarikan diri dengan memanjat tembok SPRM sebelum polis mendedahkan identiti sebenar pelaku.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Datin Alyaa Syuhaila

Penduduk bengang sikap warga Bangladesh kencing tempat awam

https://mykmu.net/2017/07/25/memorandum-armada-kami-lari-tercirit/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker