Polis dedahkan butiran siasatan Addy Kana dan Macau Scam Rabu ini

Satu sidang media khas berhubung sindiket Macau Scam yang didakwa melibatkan seorang Datuk yang dikenali sebagai Datuk Addy Kana dan isteri Datin Alyaa Syuhaila akan diadakan Rabu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan berkongsi butiran perkembangan hasil siasatan polis berkaitan skandal cuci duit yang telah berjaya dibongkar baru-baru ini.

“Saya akan membuat sidang media khas mengenai scam dan tangkapan Addy Kana pada Rabu nanti untuk menjelaskan maklumat lebih terperinci mengeni penglibatannya,” katanya kepada wartawan di Cheras malam tadi.

Addy Kana dan isterinya yang sering mampamerkan gaya hidup mewah menjadi tumpuan sejak kedua-duanya ditahan kerana disyaki terlibat dalam Macau Scam.

Baru-baru ini beliau dan beberapa orang lain telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membantu siasatan sindiket Macau Scam. MG

Pengakuan berani mati seorang scammer, bos aku Addy Kana tak lama di dalam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker