Selain Dapat Jadikan Kulit Awet Muda, Ini 5 Khasiat Petai Untuk Kesihatan Badan

Petai dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain.

Petai merupakan salah satu sayuran atau ulaman kegemaran yang selalu digunakan dalam makanan rakyat Malaysia

Walaupun ia merupakan sayuran kegemaran sesetengah rakyat Malaysia. Tetapi, ada juga yang tidak meminati sayuran berkenaan kerana akan membuatkan bau mulut dan bau kentut yang kurang enak.

Petai juga mempunyai khasiat tersendiri. Kandungan yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Jom kita lihat antara kebaikan dan khasiat petai untuk kesihatan:

1. Menurunkan tekanan darah tinggi

Kandungan kalium yang berada di dalam petai mengandungi garam yang rendah dan baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko strok.

2. Menghilangkan sakit sembelit

Petai juga dapat mengatasi masalah sakit sembelit. Petai mengandungi serat yang tinggi serta boleh membantu penghadaman bagi menggalakkan pembuangan air besar.

3. Awet muda

Tahukah anda, masyarakat orang asli mempercayai dengan memakan petai dapat mengekalkan anda tampak lebih muda. Kandungan ‘flavonoid’ dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit bagi memastikan kesegaran tubuh.

4. Mengatasi anemia

Zat besi yang terkandung di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes anemia atau pesakit yang kekurangan darah.

5. Mengawal sindrom pra-haid (PMS)

Vitamin B6 petai membantu untuk mengawal dan meneutralkan paras gula dalam darah serta membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan masalah sindrom pre-menstrual.

Banyak juga rupanya khasiat petai ni ya. Jom makan petai

KREATIF: Tarik pelanggan dengan kostum SPIDERMAN, pemuda ini guna cara ini untuk tarik pelanggan membeli PETAI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker