UTHM hasilkan kereta elektrik “ECO
BATU PAHAT, 15 Okt — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuktikan negara ini tidak kekurangan bakat tempatan dalam industri automotif apabila sekumpulan penyelidiknya berjaya mencipta kenderaan berkuasa elektrik yang dinamakan “ECO”.
Ketua Projek ECO Prof Madya Dr Samsul Haimi Dahlan berkata ECO siap dalam masa 14 bulan, iaitu dua bulan lebih awal daripada jadual asal pada penghujung November ini.
Menurut penyelidik di Pusat Penyelidikan Elektromagnet Gunaan (ENCenter) UTHM itu, penyelidikan mengenai kereta berkenaan dijalankan oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) UTHM.
“Antara tujuan utama penghasilan kereta elektrik ini ialah untuk menyahut seruan penghasilan kenderaan masa depan yang lebih mesra alam, bebas pencemaran bunyi, asap dan yang lebih penting dapat mengelakkan gangguan elektromagnetik,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Katanya antara kelebihan ECO ialah kos pengoperasian hanya sekitar RM4 untuk pecutan 100 kilometer sejam berbanding kenderaan menggunakan bahan bakar petrol yang memerlukan RM30 untuk jarak sama.
“Sasaran pasaran kereta elektrik ini ialah trak pengangkut ringan yang kebiasaannya digunakan sebagai trak makanan. ECO sesuai digunakan bagi tujuan itu kerana saiz yang agak kecil selain kos penyelenggaraan yang lebih rendah,” katanya.
Selain dikuatkuasakan oleh bateri lithium-ion yang berjangka hayat hingga 10 tahun, ECO juga dilengkapi kemudahan kecerdasan buatan (AI) yang menerima arahan suara bagi mengoperasikan pengelap cermin dan membelok, katanya.
Samsul Haimi juga berkata setakat ini beberapa syarikat telah menunjukkan minat terhadap ECO bagi kegunaan sendiri.
— BERNAMA
https://mykmu.net/2018/04/26/transformasi-industri-automotif-terus-dipacu-jika-bn-dapat-mandat-najib/
You must be logged in to post a comment.