Pengakuan berani mati seorang scammer, bos aku Addy Kana tak lama di dalam
Kegiatan Scammer yang didalangi oleh Raja Scammer Malaysia Datuk Addy Kana tersebar sebuah video yang menunjukkan rakaman seorang scammer sedang berbual dalam telefon dengan mangsanya.
Mangsa sudah mengetahui bahawa dia sedang ditipu oleh lelaki itu.
Apabila mangsa mula memarahi scammer tersebut, scammer itu pula naik angin, sambil berkata “aku tak dapat tipu jau, nanti mak bapak kau akan kena juga”.
Bagaimanapun tiba-tiba kedua mereka meredakan kemarahan dan cuba berbual mengenai kegiatan scam tersebut.
Scammer dengan berani mengatakan bahawa bosnya Addy Kana yang baru-baru ini ditahan olrh SPRM, tidak akan duduk lama sebab ada kabel kuat.
Scammer juga menyalahkan kerajaan kerana hendak menjustifikasikan perbuatannya.
Ikuti perbualan tersebut di dalam video di bawah.
Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan berita jenayah scammer yang melibatkan golongan artis dan polis.
Mereka ini mempunyai perniagaan yang dijalankan dipercayai untuk mencuci duit.
Nak tanya. Kalau si Bedebah tu tak lama kat dalam, kenapa dia lari macam tikus panjat pagar SPRM? Atau memang tak lama kalau dalam, sebab banduan2 dalam tu akan jalankan hukuman cara mereka?