Protokol Pembunuhan Karektor Pemimpin Secara Hormat
Oleh Lanupi Kamel Asipin
Dalam politik banyak saingan sama ada dalam parti atau intra parti. Oleh itu, semua pihak berlumba-lumba untuk naik ke atas. Sikap ketam dalam bakul menggambarkan bagaimana mereka memanjat satu sama lain untuk sampai ke atas. Akhirnya tiada yang sampai di atas kerana proses tarik menarik akan berlaku sehingga semuanya jatuh.
Oleh itu, tidak hairanlah berlaku pembunuhan karakter/character assassination untuk naik ke atas. Untuk memegang jawatan tertinggi. Pembunuhan karekter bermaksud ‘ FITNAH ‘ atau MENGATAKAN SESUATU YANG TIDAK BENAR menurut dan mengikut Sains Politik.
Character Assassination adalah sebahagian dari Sains Politik dan diamalkan di banyak negara termasuk Malaysia.
Bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan asas dan pendidikan mengenai Sains Politik dan ingin tahu bagai mana pembunuhan karakter ke atas PEMIMPIN POLITIK adalah seperti berikut.
1. Pembunuhan Karakter atau Character Assassination bermaksud ‘ Fitnah atau Mengatakan hal yang TIDAK BENAR terhadap seseorang ‘ atau tokoh politik agar rakyat dan masyarakat tidak suka dan percaya kepada seseorang atau tokoh politik tersebut.
2. Seseorang atau tokoh politik yang menjadi sasaran pembunuhan karakter adalah seperti berikut:
I. Seseorang atau tokoh politik yang terlibat dalam persaingan.
II. Seseorang atau tokoh politik yang mewujudkan representasi kekuatan Ideologi,Teori,Politik,Parti atau pergerakan.
III. Seseorang atau tokoh politik yang mempunyai status sosial yang tinggi dan berpengaruh.
IV. Seseorang atau tokoh politik yang sukses dibidang tertentu seperti politik,pemerintahan dan lain-lain.
3. Pembunuhan karakter biasanya dilakukan dalam bentuk KONSPIRASI oleh seorang PERDANA MENTERI atau PRESIDEN yang ‘ BERSIKAP DIKTATOR ‘ dan ‘ BERKUASA MUTLAK ‘ menurut dan mengikut Sains Politik.
Pemimpin yang berfahaman DIKTATOR terbahagi kepada dua:
1. Pertama DIKTATOR yang terhasil dari rampasan kuasa atau kudeta,biasanya seorang tentera,Contoh:
1. Idi Amin – Uganda.
2. Manuel Noriega – Penama.
3. Juan Carlos Ongania – Argentina.
Diktator jenis ini menggunakan sepenuhnya kekuatan TENTERA untuk menghalang,menekan dan membunuh musuh-musuh politiknya.
2. Kedua DIKTATOR yang lahir dari pemilihan atau Pilihan Raya umum.
Diktator ini dipanggil DIKTATOR BERPERLEMBAGAAN,Contoh:
1. Adolf Hitler – German.
3. Mustafa Kemal Ataturk – Turki.
4. Ferdinand Marcos – Philippines.
Diktator berperlembagaan akan menggunakan sepenuhnya kekuatan Ketua Polis Negara/Cawangan Khas untuk memfitnah,menekan,menghalang dan membunuh musuh-musuh politiknya.
Ciri-Ciri seorang DIKTATOR.
1. Tampan,Menawan dan Menarik.
2. Berkarisma.
3. Pintar dan Cerdik.
4. Memiliki selera untuk berkuasa yang tiada had dan batasan ( Gila Kuasa ).
5. Berkuasa Mutlak.
6. Hipokrit/ Munafik.
7. Mahir menipu.
8. Tidak percaya kepada doktrin pemisahan kuasa antara Eksekutif,Kehakiman dan Perundangan.
9. Menggunakan FITNAH dan PEMBOHONGAN sebagai senjata utama dan banyak lagi.
Diktator berperlembagaan yang BERKUASA MUTLAK akan ‘ MEMPERALATKAN dan MENGGUNAKAN sepenuhnya kekuatan:
1. Ketua Polis Negara/Polis Cawangan Khas.
2. Peguam Negara.
3. Ketua Hakim.
4. Mahkamah.
Untuk MEMFITNAH,menghalang,menekan dan membunuh musuh-musuh politiknya.
4. Fitnah dan tuduhan yang direka ke atas seseorang dalam konteks ‘ Pembunuhan Karakter ‘ KELIHATAN BETUL dan BENAR kerana ia melalui proses siasatan Ketua Polis Negara/Bahagian Siasatan Jenayah kemudian diambil tindakan oleh Peguam Negara menerusi proses undang-undang serta Mahkamah dan akhirnya para Hakim membuat keputusan mensabitkan yang difitnah bersalah padahal semua mereka mengikut telunjuk dan arahan seorang DIKTATOR ( Perdana Menteri/Presiden ) yang BERKUASA MUTLAK yang telah memberi arahan untuk menyadiahkan ‘ Bahan bukti yang dirancang ‘ menurut Sains Politik.
Akhirnya rakyat percaya kepada seorang yang di FITNAH kerana proses mensabitkan kesalahan dibuat dan dilakukan melalui proses undang-undang dan Mahkamah.
Tetapi rakyat dan masyarakat tidak tahu dibelakang proses fitnah adalah seorang Perdana Menteri atau Presiden yang memperalatkan dan menggunakan Ketua Polis Negara/ Polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Polis Cawangan Khas,Peguam Negara,Ketua Hakim dan Mahkamahk MUTLAK boleh melakukan apa sahaja kaedah untuk membunuh musuh-musuh nya menurut dan mengikut Sains Politik.
5. Pembunuhan karakter amat bahaya kerana sukar untuk mempertahankan diri kecuali mereka yang ‘ benar ‘ dan mempunyai semangat yang kuat dan tidak takut kepada manusia kecuali Allah SWT. Mereka ini adalah orang-orang yang beriman.
6. Jentera yang disusun demi menjatuhkan ‘ Imej ‘ seseorang atau tokoh politik.
7. Jentera itu adalah kerajaan dan seluruh agensi dijadikan alat demi menghalalkan cara.
8. Berikut adalah alat atau komponen pembunuhan karakter.
I. Mewujudkan persepsi.
II. Menyediakan bahan bukti yang dirancang.
III. Menyebarkan melalui seluruh agensi untuk menghukum.
IV. Peralatkan seluruh sistem pentadbiran seperti:
1. Ketua Polis Negara/Polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas.
2. Peguam Negara.
3. Ketua Hakim.
4. Mahkamah.
5. Media arus perdana bagi mempotret atau menggambarkan seseorang yang difitnah seperti syaitan dan manusia hina.
V. Menghukum untuk memusnahkan.
9. Tidak ramai yang survive hanya yang benar-benar berwibawa berjaya mempertahankan maruah sehingga diakhir hayat.
10. Kesimpulan,kerana pembunuhan karakter dilakukan dengan cara ‘ Memfitnah dengan tuduhan yang direka ‘ dan memanipulasi data maka faktor pembohongan memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini.
Semakin besar pembohongan itu ia semakin meyakinkan,maksudnya pembohongan harus diulang dan diulang yang akhirnya orang ramai atau masyarakat percaya.
11. Dalam pembunuhan karakter dua tokoh politik memainkan peranan penting ia itu;
1. Joseph Goebbel seorang menteri dan ahli propaganda Rejim Nazi berkata;
‘ Pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan dipercayai oleh masyarakat.’
2. Niccolo Machiavelli seorang ahli strategi Itali yang terkenal dengan falsafah ‘ Matlamat menghalalkan cara.’
Matlamat menghalalkan cara bermaksud seseorang pemimpin sanggup melakukan tektik kotor untuk mempertahankan kuasa dan sanggup menelan kahaknya, menjilat ludahnya dan melutut kembali kepada musuhnya asalkan matlamatnya tercapai.
Pembunuhan karakter adalah sebahagian dari Sains Politik yang telah wujud sejak tahun 1787 di era atau zaman Napoleon Bonaparte.
Soalan yang boleh difikirkan bersama untuk merungkai perjalanan politik sejak negara mencapai kemerdekaan dan memiliki kerajaan sendiri.
1. Siapa di belakang dan yang melantik Ketua Polis Negara?
2. Siapa di belakang dan yang melantik Peguam Negara?
3. Siapa di belakang dan yang melantik Ketua Hakim Negara?
4. Siapa di belakang dan yang mengawal Mahkamah?
5. Siapa di belakang dan yang mengawal Media Arus Perdana.
https://mykmu.net/2017/01/26/diktator-hantar-anak-pancing-pas/
https://mykmu.net/2017/01/16/diktator-dulu-kutuk-sekarang-kan-dah-mendapat/
You must be logged in to post a comment.