Penyebar senarai 12 penguat kuasa terlibat Geng Nicky dicari – Ayob Khan


POLIS giat mengesan individu yang dipercayai terbabit dalam penyebaran maklumat sulit mengenai senarai nama 12 individu agensi penguat kuasa yang ditahan bersabit Geng Nicky.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan menyebarkan maklumat itu boleh diambil mengikut Seksyen 203A (1) Kanun Keseksaan.

“Polis Johor mengesan satu maklumat sulit mengenai senarai nama 12 individu agensi penguat kuasa yang ditahan bersabit Geng Nicky yang dikongsi dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp oleh pihak tertentu.

“Polis Johor akan mengesan individu yang terbabit. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara hingga setahun atau kedua-dua sekali bagi mengenal pasti punca kebocoran maklumat berkenaan.



“Justeru, mana-mana pihak dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat terbabit dan bagi pihak yang menyebarkan, tindakan akan diambil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam sidang akhbar hari ini, seramai Ayob Khan mengumumkan 12 pegawai agensi penguat kuasa, termasuk seorang berpangkat Superintendan disyaki terbabit kumpulan jenayah terancang Geng Nicky, ditahan melalui Op Pelican 3.0 sejak 21 April lalu hingga hari ini.

Beliau berkata, semua suspek terbabit berusia antara 36 hingga 49 tahun, termasuk dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Operasi dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan.



“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 130V hingga Seksyen 130ZB Kanun Keseksaan, Bab VI B Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

“Jumlah keseluruhan tangkapan berhubung kes berkenaan ialah 64 individu, setakat ini, dan siasatan masih dijalankan. Jika ada nama baharu (individu disyaki), kita akan menjalankan operasi susulan,” katanya. Utv

12 pegawai polis, SPRM jadi tali barut Nicky ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker