Pasangan Suami Isteri, Anak 3 Tahun Dari Malaysia Ditemui Mati Di England, Polis Siasat Kemungkinan…

Di Barat Brentford, London, berlaku tragedi bunuh yang melibatkan seorang wanita dan anak tunggalnya. Ketika polis sampai di tempat kejadian,suaminya yang dikenali Kuha Raj Sithamparanathan dipercayai membunuh diri sebelum pihak polis menjumpai mayat isteri dan anaknya.

Telah mati sebelum itu

Foto: : The Sun UK

Setelah menjumpai mayat Kuha Raj, pihak polis menjumpai mayat isterinya Poorna Kaameshwari Sivaraj dan anaknya Kalish Kuha Raj. Ketika kejadian, Kuha didapati mengalami kecederaan akibat ditikam, namun Kuha meninggal dunia di tempat kejadian akibat luka tikaman. Pihak polis percaya bahawa tikaman tersebut dilakukan oleh dirinya sendiri

Jelas pihak polis, isteri dan anaknya telah mati dibunuh terlebih dahulu. Malahan, anjing jenis Poodle peliharaan mereka sekeluarga turut dibunuh. Sebelum ini, keluarga ini sering dilihat membawa anjingnya bersiar-siar di sekitar kawasan perumahan.

Keluarga bahagia

 Foto: : The Sun UK

Menurut jiran pasangan ini, Kuha dan Poorna dilahirkan di Malaysia dan dikurniakan seorang anak lelaki. Pasangan ini dikenali sebagai keluarga yang bahagia dan tidak mempunyai sebarang masalah. Namun, jirannya sering mendengar pasangan ini bergaduh ketika perintah lockdown dijalankan. Pergaduhan ini juga berlarutan pada satu masa yang agak panjang.

Jirannya yang mengetahui berita kematian mereka terkejut, kerana keluarga ini merupakan jiran yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan mereka. Pihak polis menerima panggilan pada Ahad lepas dari salah seorang ahli keluarga mereka kerana sudah lama tidak berjumpa sejak sebulan yang lalu sebelum bertindak membuat serbuan ke rumah mereka.

Pihak polis juga akan mengenal pasti motif kematian mereka bertiga.

Sumber: The Sun UK

Kredit : OhBulan
https://mykmu.net/2020/06/21/ibu-terkejut-jumpa-mayat-anak-di-rumah-selepas-lebih-dua-hari/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker