JIKA TIADA IDEA, LEBIH BAIK KAMU DIAM CHIN TONG !

Oleh Lau Chin Kok

Setiap hari pemimpin DAP secara konsisten meghentam kerajaan terutama YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan dengan kenaikan mendadak angka rakyat yang dijangkiti Covid-19. Seolah-olah mereka langsung tak bersalah dalam hal ini.

Mereka (pemimpin DAP) melihat bila ada rakyat yang mengkritik pemimpin negara dan Perdana Menteri, mereka mulalah masukkan jarum menghasut rakyat kononnya mereka begitu prihatin dengan nasib rakyat. Langsung tak ada perasaan malu.

Tolonglah ! ingatlah sikit, Pakatan Harapan jatuh kerana tidak pernah menghirau nasib rakyat tetapi lebih kepada merebut jawatan Perdana Menteri. Begitu juga dengan PRN Sabah, PH yang beria-ria sangat nak membubarkan DUN sedangkan jelas mereka sudah kehilangan mejoriti dalam DUN Sabah.

Hari ini mereka bergentayangan dalam media sosial sambil menyalahkan Perdana Menteri. Tolong balik musabah diri sendiri, kenapa rakyat tolak kamu semua selepas 22 bulan kamu diberi mandat mentadbir kerajaan ?

Jangan kamu lupa, di era pentadbiran PH lah punca Covid-19 ini merebak sampai hari ini. Pemimpin PH lah yang membenarkan pelancong asing masuk berduyun-duyun tanpa kawalan sehingga pendemik ini merebak keseluruh negara. Ingat tu sama.

Contohilah mantan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak yang sentiasa memberi idea dan pandangan beliau kepada kerajaan dalam menangani wabak pendemik Covid-19.

22 bulan rakyat beri peluang kepada kamu (PH) sebagai kerajaan, tetapi kamu sia-siakan peluang itu. Jika kamu tiada idea untuk membantu rakyat, adalah lebih baik kamu diam.

https://mykmu.net/2017/03/27/azmin-tukar-profile-picture-terus-diam-pas-selangor/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker