Ibu cekal naik motorsikal, redah hujan 30 km hantar anak daftar masuk universiti

 

Pengorbanan seorang ibu tidak terhenti hanya selepas melahirkan anak, tetapi selagi hayat dikandung badan, ibu tidak akan pernah berhenti untuk memberikan yang terbaik buat zuriatnya.

Baru-baru ini tular mengenai kisah seorang ibu, dikenali sebagai Jumiati Masud, dengan cekal menaiki motosikal dalam hujan lebat sejauh 30 kilometer (km) untuk menghantar anaknya mendaftar ke universiti.



Ibu sanggup redah hujan

Menerusi laporan Harian Metro, anaknya, Muhammad Izzulhaq Mohamed Hasnan, 19, telah berjaya untuk menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi 2020/2021.

Dua beranak itu menaiki motorsikal dari Simpang Ampat, Seberang Perai menuju ke USM. Kecekalan ibunya, antara yang menjadi perhatian di hari kedua pendaftaran penuntut baharu secara pandu lalu di universiti berkenaan.



Berkorban apa sahaja demi anak

Hasnan berkata, ibu tetap berkeras menghantarnya meskipun dia boleh pergi menaiki bas, kerana ibunya tidak mahu melepaskan detik manis melihat sendiri anak berjaya masuk ke Universiti.

Difahamkan, Jumiati mencari rezeki dengan berjual kuih, namun ibu berusia 53 tahun menegaskan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anaknya berjaya.

“Biarlah dia di sini sahaja kerana penginapan pelajar lebih selesa dengan kemudahan rangkaian internet bagi memudahkannya belajar secara dalam talian…”



“Seorang ibu akan berkorban apa saja demi anaknya dan saya harap susah payah ini akan menjadi pembakar semangat kepada Muhammad Izzulhaq supaya belajar bersungguh-sungguh…”

 



Semoga adik Hasnan berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang anak yang mampu membalas jasa orang tua.

Ingin belajar bersungguh-sungguh

Muhammad Izzulhaq yang mendapat keputusan cemerlang ketika di matrikulasi berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi membal4s jasa ibunya.

Pelajar yang mendapat PNGK 3.96 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang itu turut meluahkan kerisauan melihat ibunya pulang sendiri ke rumah mereka.

“Saya juga risau lihat ibu balik sendiri ke Simpang Empat. Namun terpaksa akur kerana ibu tekad dan sanggup bersusah-payah demi saya. Saya berdoa Allah permudahkan urusan saya untuk menuntut ilmu di USM,” katanya.



Muhammad Izzulhaq merupakan antara pelajar yang diterima dalam jurusan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dan mendaftar pada hari kedua sesi pendaftaran pandu lalu sidang akademik 2020/2021 di USM semalam.

 

Sumber : News USM via SK , Harian Metro & Penang kini



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker