Jangan Malu! Menahan Kentut Terlalu Lama Boleh Mendatangkan Bahaya
Siapa sangka bahawa jika kita menahan kentut boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan. Ya, kerana kentut sebenarnya adalah perkara yang semulajadi kepada setiap manusia.
Satu kajian yang telah dikeluarkan oleh Perpustakaan Perubatan Nasional AS, Institut Kesihatan Nasional menyatakan bahawa secara umum, manusia sebenarnya akan menyebarkan gas sebanyak 476 hingga 1,490 mililiter gas dalam sehari.
Pada setiap kali kita kentut, badan akan melepaskan sekitar 33 sehingga 125 mililiter gas.
Jadi, sudah berapa kali anda menahan kentut pada hari ini? Atau juga, kita mesti pernah merasa bagaimana keadaan ketika kita cuba untuk menahan dari kentut terutama sekali waktu berada di tempat yang ramai orang. Memang sesuatu yang memalukan jika orang di sekeliling kita tahu yang kita telah melepaskan kentut kerana persepsi bahawa kentut sebagai satu perkara yang agak kasar. Namun, jika kita menahan kentut terlalu lama, ini boleh mengakibatkan perut anda menjadi lebih sakit dan boleh mendatangkan bahaya lain pada kesihatan tubuh badan.
Jom kita tengok apakah antara bahaya lain jika kita menahan kentut terlalu lama.
Keracunan Gas
Menahan kentut boleh mengakibatkan tekanan yang kuat pada rongga di dalam usus. Tekanan ini juga boleh menjadi lebih tinggi dalam darah. Oleh itu, gas akan memasuki saluran darah dan kemudian gas tersebut akan disebarkan ke seluruh badan.
Jangkitan Diverticulosis
Jangkitan diverticulosis adalah kantung kecil yang terbentuk pada lapisan usus besar. Kesan yang berlaku adalah perut akan berasa sangat sakit, demam, mual dan mengganggu pergerakan usus serta susah untuk membuang air besar.
Buasir
Menahan kentut juga boleh menyebabkan buasir. Ianya berlaku kerana pergerakan dan tekanan yang berlebihan pada rektum ketika menahan kentut yang menjadikan otot disekitarnya menjadi tegang dan saluran darah melebar sehingga buasir akan berkembang.
Peritonitis
Peritonitis adalah keradangan yang berlaku di peritoneum, iaitu tisu yang melapisi dinding dalaman perut yang meliputi sebahagian besar organ perut.
Jelas bukan akan bahaya yang boleh terjadi sekiranya anda kerap menahan kentut. Jadi, lepaskan sahaja kerana ia tidak baik untuk kesihatan tubuh badan anda jika anda terus menahannya- Murai
You must be logged in to post a comment.