H&M Bakal Tutup 250 Cawangan Di Seluruh Dunia
H&M yang merupakan pengeluar fesyen kedua terbesar dunia bakal menutup 250 cawangan di seluruh dunia mulai tahun depan.
Pastinya berita ini mengejutkan ramai pihak terutama sekali pelanggan setia jenama fesyen tersebut.
Keputusan penutupan itu diambil apabila trend membeli-belah pelanggan yang kini beralih kepada pembelian atas talian disebabkan penularan wabak COVID-19. Pada bulan Jun yang lalu, H&M telah menutup 170 cawangannya di seluruh dunia untuk fokus kepada penjualan secara online.
Untuk pengetahuan anda, H&M memiliki 5000 cawangan di seluruh dunia dan peralihan trend pelanggan ketika penularan wabak pandemik ini merupakan satu cabaran buat H&M.
Langkah yang diambil oleh H&M ini adalah jalan keluar berdepan krisis daripada rugi berpanjangan. Walau bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada cawangan H&M di Malaysia akan terkesan dan ditutup. Vc
Kakak usahawan fesyen terkenal didakwa pecah amanah RM200,000
You must be logged in to post a comment.