Gadis Ini Sanggup Habiskan RM15K Hanya Untuk Besarkan Bibir [ VIDEO ]

Sofia (Bulgaria): Seorang wanita sanggup mengenepikan risiko bakal dihadapi, semata-mata mahu dinobatkan sebagai pemilik bibir terbesar di dunia.

Andrea Emilova Ivanova, 22, yang juga penuntut bidang falsafah menjalani prosedur suntikan ke-21 pada bibirnya baru-baru ini, walaupun sudah diberi amaran oleh doktor supaya tidak melakukannya.

Daily Star melaporkan sebelum menjalani prosedur suntikan asid hyaluronik terbaru itu, Andrea sudah memiliki bibir berlipat kali ganda lebih besar daripada saiz asal.

“Doktor bimbang dan mengatakan bibir saya sudah terlalu besar sehingga ingin mengeluarkan semua asid hyaluronik supaya bibir saya lebih kecil dengan bentuk sedikit berbeza.

“Tetapi saya dengan bertegas dan menolak pandangan itu serta mengatakan saya akan terus membesarkan bibir. Saya sangat suka bibir besar,” katanya.

Wanita yang dianggap sebagai patung Barbie hidup itu berkata, doktor memaklumkan asid hyaluronik yang tinggi di bibirnya amat merbahaya, tambahan pula suntikan dibuat begitu kerap.

“Tetapi buat masa ini saya tidak mempunyai kesan sampingan dan komplikasi kesihatan,” katanya.

Tambahan suntikan asid hyaluronik di klinik itu menyebabkan bibir Andrea menjadi terlalu besar hingga hampir menyentuh hidungnya.

Namun wanita itu dengan bangga berkongsi gambar aksi ciuman besar dengan 62,100 pengikutnya di Instagram.

Andrea membayar £135 (RM720.74) untuk setiap suntikan dan ini bermakna dia sudah menghabiskan £2,835 (RM15,135.58).

Wanita itu ketagih memiliki bibir besar dan mula mendapat suntikan pada 2018 dan seronok apabila mendapat pujian.

“Dua minggu lalu, saya melakukan suntikan ke-21 kerana ingin mengekalkan kandungan asid hyaluronik di bibir dan terus menjadikannya lebih besar.

“Asid itu akan diserap di dalam badan dalam tempoh beberapa bulan jadi saya harus terus menambahkannya secara berkala,” katanya.

 

 

 

Walaubagaimanapun, Andrea tetap dengan pendiriannya untuk terus membesarkan bibir dan melakukan suntikan secara kerap supaya digelar pemilik bibir terbesar dunia. Mungkin kerana beliau tidak memiliki kesan sampingan dan masalah kesihatan dari suntikan tersebut.

Kredit: Harian Metro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker