Cium wanita, tonton video lucah: Golongan profesional, penuntut IPT antara pengikut Hizbut Tahrir
JOHOR BAHRU: Polis mengesan 80 pengikut fahaman Hizbut Tahrir di Johor yang terdiri daripada golongan profesional dan penuntut universiti awam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay turut mengesahkan pihaknya menerima 17 laporan berhubung kes fahaman Hizbut Tahrir di negeri itu.
Tegas Ayub, mereka yang ditangkap boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) jika berbuat demikian.
“Walaupun isu ini berkaitan isu fatwa yang dibuat di Jabatan Agama Islam Johor, tetapi polis pantau aktiviti mereka sebab kalau mereka melangkaui garisan keselamatan itu polis akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Khamis.
Pada Rabu, Jabatan Agama Islam Johor bersama Jabatan Mufti Johor memaklumkan pihak mereka menolak sekeras-kerasnya fahaman Hizbut Tahrir yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Antara fahaman golongan itu termasuk harus mencium wanita bukan mahram tanpa maksud zina serta menonton video lucah – Awani
You must be logged in to post a comment.