‘Balik Teriak Habaq Mak..’ – Guru ‘Berletiaq’ Tegur Murid Bergomol Dalam Kelas, Padu! [ VIDEO ]
Memang tidak dapat dinafikan, profesion guru adalah satu pekerjaan yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh mereka memang tiada tolok bandingnya.
Terbaru, seorang guru yang dikenali dengan nama Farrah Norashikin viral kembali selepas videonya ‘menegur’ para pelajar dalam loghat utara telah menarik perhatian netizen.
Cikgu ‘berletiaq’
Punya la nak karang ayat panjang teruih tak jadi sbb aku tak dan boh d fb depa share dulu. Jadi ampe dengarlah sendiri cara-cara nasihat abad 21 ni. Memek muka aku tu wajib kena buat. Dalam nasihat kena ada kecindan supaya tersedaq dari lamunan atau tak berasa hati. Aku cara aku. Aku tak taulah cikgu lain lagumana.
Menerusi satu video yang dimuatnaik Farrah Norashikin Juhari memaparkan dirinya sedang ‘berleter’ menegur sikap manja segelintir para pelajar masa kini. Lebih mencuit hati apabila melihat mimik muka dan nada suaranya yang ditonjolkan oleh guru itu sangat menarik.
Dalam video berdurasi 5 minit itu, cikgu Farrah mengingatkan para pelajar akan pengorbanannya sebagai seorang guru yang hanya mahukan mereka belajar bersungguh-sungguh dan berjaya kelak. Bukan itu sahaja, kebanyakan para pelajar turut memberi respon dengan nasihat yang diberikan olehnya.
Video sebelum ini
‘Terbaik Cikgu Farah’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara cikgu Farrah menasihati para pelajarnya. Kebanyakan daripada mereka yakin dan percaya bahawa setiap guru mempunyai cara tersendiri dalam menegur dan mendidik pelajar.
‘Pekat sungguh aih’
Sumber: Oh Bulan & Farrah Nurashikin Juhari