Pandai Lan didik isteri. Isteri Lan Pet Pet jadi perhatian warganet gara gara penampilan terkini
Kelibat Ruby Che Wan, adik kepada Rozita Che Wan sedikit sebanyak jadi perhatian peminat Che Ta lebih-lebih lagi apabila mengikat tali perkahwinan dengan Lan Pet Pet. Melihat penampilannya yang sudah berubah kini, tertanya-tanya bagaimana wanita ini melakukan penghijrahan.“
Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji tahun lalu. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu tinggalkan tanah suci timbul rasa tidak seronok.
Apabila saya berada di tanah suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama. Oleh itu sejurus pulang daripada mengerjakan haji tahun lalu saya nekad untuk mengubah penampilan.
Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tidak kira tempat,” terang ibu kepada empat orang anak ini. Tambah wanita yang mudah mesra ini, setiap kali menemani suami menghadiri majlis tertentu ramai wanita yang bertanya tentang pakaian yang tersarung di tubuhnya.
“Memang baju dan tudung yang saya pakai sekarang tidak ada dijual di mana-mana. Rekaannya saya buat sendiri dan jahit sendiri. Dahulu saya memang tidak suka menjahit dan hanya tahu mereka pakaian sahaja. Akibat takut tukang jahit tidak faham keinginan saya justeru saya jahit sendiri.
Benar kata orang jika kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya,” bicara Ruby yang belum terfikir untuk memasarkan baju rekaannya itu. Di samping menguruskan perjalanan seni suaminya, Ruby juga sibuk menguruskan syarikatnya, RCW Beauty Empire yang terkenal dengan produk Lotion Putih Ajaib.
Bercerita tentang perniagaan yang berasaskan kecantikan yang terlalu banyak persaingan kini, Ruby positif memandang setiap cabaran. “Memang sekarang semua orang mahu berniaga. Ada yang berhenti kerja untuk membuka perniagaan berasaskan kosmetik dan ada juga dahulu yang bergelar agen atau stockist yang sudah membina jenama sendiri.
Bagi saya semua itu adalah persaingan yang sihat dalam perniagaan. Namun, apa yang saya utamakan adalah kualiti produk saya. Melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti produk tersebut baharu kita boleh mendapat kualiti yang terbaik. Sebagai pengguna pula mereka perlu berhati-hati memilih produk yang terbaik untuk kulit mereka,” ungkap bekas perancang kewangan ini.
Saya maafkan ‘in advance’
“SETIAP kritikan dan celaan, saya maafkan,” kata Ruby atau Rubitah Che Wan yang juga isteri kepada pelawak Lan Pet Pet menerusi kapsyen gambar di akaun Instagram miliknya. Ruby yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan itu berkata, setiap perkara buruk Allah izinkan berlaku pasti ada hikmahnya.
“Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan reda. “Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’, kerana kita semua manusia tidak sempurna,” katanya.
Ruby turut berkongsi ilmu berkaitan amalan ringan pembawa ke syurga iaitu dengan memaafkan setiap orang dan membersihkan diri daripada segala rasa iri dan benci. “Tidurlah setiap malam dalam keadaan tanpa dendam dan rasa sakit hati. Amalkan sebelum tidur setiap hari. Ringan bukan bermakna mudah dilakukan namun perlu dalam sesuatu keadaan.
“Sambil baring saja boleh memaafkan sesiapa saja. Insya-Allah, syurga menanti. Fadilatnya sudah dibuktikan oleh sahabat Nabi,” katanya. Semalam, tular di media sosial rakaman dan keratan (footage) kamera litar tertutup memaparkan pelawak popular era 90-an dengan seorang pengawal taman perumahan sebelum bertindak mengasari.
Warganet tidak hanya marah di Instagram Lan tetapi turut tinggalkan komen di akaun Ruby meminta wanita itu menasihati suaminya supaya berubah sikap dan belajar menghormati orang yang lebih tua. Hari ini, Harian Metro sekali lagi cuba menghubungi pasangan berkenaan namun mesej menerusi aplikasi WhatsApp masih tidak berbalas serta telefon bimbit juga turut dimatikan.-Buletin Media