Hamzah ‘terkejut’ STAR terima calon Bebas PBS sebagai ahli

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin “terkejut” apabila 2 calon bebas yang bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PBS menyertai STAR.

Hamzah berkata, beliau tidak mengetahui perkembangan terbabit ketika ditanya mengenai Kenny Chua dan Anita Baranting, yang masing-masing merupakan calon Bebas di kerusi Inanam dan Tandek, menentang calon PBS.

“Apa? Ia kejutan buat saya, saya tak dengar apa-apa pun,” katanya kepada pemberita selepas ceramah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), semalam.

Pada Selasa, Hamzah berjaya meyakinkan PBS untuk tidak bertanding di kerusi Bingkor dan Tambunan, sementara STAR, sebaliknya, akan “menarik” 2 calon Bebas yang dikaitkan dengan parti itu di Bengkoka dan Api-Api dan sebaliknya berkempen untuk PBS.

Calon itu secara teknikal masih akan bertanding di kerusi masing-masing tetapi sebaliknya bersetuju untuk berkempen untuk parti lain, berikutan kata sepakat yang diumumkan oleh Hamzah.

Tetapi hanya beberapa jam selepas PBS dan STAR menandatangani perjanjian itu, STAR menyerahkan kad keahlian parti kepada Chua sementara Baranting menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden STAR Jeffrey Kitingan dalam majlis di Kota Marudu semalam.

Walaupun Chua dan Baranting kekal sebagai calon Bebas dalam kertas undi, hubungan mereka dengan STAR bermakna parti itu, tanpa menambil kira pihak lain yang bertanding, akan bertanding dengan PBS di 6 kerusi.

Secara keseluruhan, ketiga-tiga rakan GRS, iaitu Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PBS bertembung di 17 kerusi.

Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim, yang turut hadir pada ceramah GRS itu, enggan mengulas mengenai calon Bebas menyertai STAR, dengan berkata, ia adalah “perkembangan terbaru”.

Jahid, yang mempertahankan kerusi Tamparuli, berkata, beliau memerlukan masa untuk memeriksa apakah yang sedang berlaku.

Katanya, PBS akan tetap menghormati perjanjian yang dicapai sebelum ini untuk parti itu menarik diri daripada pertandingan di kerusi Bingkor dan Tambunan.

Jahid sebelum ini berkongsi pentas dengan Jeffrey dalam acara ceramah, yang dianggap sebagai perhimpunan terbesar GRS setakat ini dalam kempen pilihan raya itu. Turut hadir Perdana Menteri dan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin. FMT

STAR keluar PN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker