“Baik buat majlis Tahlil..” – Konsert tribute untuk Arwah Sandra Dianne- Big Stage, stesen TV dikecam netizen

Konsert tribute #SandraDalamKenangan telah berlangsung dalam suasana penuh hiba dan pilu di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan pihak produksi yang menjayakan program tersebut selain menyiarkan secara langsung menerusi sebuah stesen televisyen (TV) mengundang rasa kurang senang segelintir penonton.

Menurut mereka, pihak stesen TV sepatutnya mengadakan majlis Tahlil berbanding program berunsurkan nyanyian apatah lagi Allahyrham Sandra Dianne baru sahaja meninggal dunia Jumaat lalu.



Tinjauan komen menerusi beberapa posting di Facebook portal Astro Gempak mendapati rata-rata warganet mendakwa program seperti itu seakan-akan terikut dengan budaya barat.

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/09/sandrabigstagetribute.mp4[/KGVID]

Tak perlu pun buat tribute ni

Macam tak hormat keluarga arwah?

Budaya barat sangat dah ni



 

Orang tu baru je meninggal, korang dah terlalak2

Lebih baik tunda daripada menyanyi

Naikkan rating atas kesedihan orang lain?



 

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang mengambil pengisian program berkenaan dari sudut positif dimana itulah cara terbaik untuk ‘bercerita’ mengenai kebaikkan arwah sepanjang hayatnya.

Korang yang bising tu, ada tak doakan untuk Sandra?

Astro akan buat bacaan Yasin?



Jangan main hentam je!

Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria pergi menghadap Ilahi selepas enam hari dalam keadaan kritikal di Hospital Putrajaya akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Sumber : OhMyMedia , Astro Gempak

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker