‘Bangga Jadi Orang Terengganu,’- Video Parodi Ala Hidustan Kal Ho Naa Ho di Jambatan Angkat Buat Netizen Teruja
Parodi atau meniru gaya pencipta lain bukanlah sesuatu yang asing di negara kita. Malah hasil-hasil kerja yang kebiasaannya menyindir karya asal ini sering saja muncul di media sosial kita.
Jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan video-video pendek yang memparodikan sesetengah babak daripada kaya asal, video parodi yang tular kali ini sedikit berbeza daripada kebiasaan.
Dua perkara yang paling mencuri tumpuan dalam video tersebut sudah pastinya wajah pelakon parodi yang kelihatan mirip seperti Shah Rukh Khan dan juga latar belakang Jambatan Angkat yang digunakan ketika penggambaran.
Bukan sahaja menyerupai muzik video asal dengan durasi yang agak lama, namun setiap babak dalam video tersebut turut diikuti dengan teliti.
Malah untuk menunjukkan kesamaan dalam video tersebut, mereka juga meletakkan skrin kecil yang menunjukkan babak dalam video asal lagu popular tersebut yang dilakonkan di sebelah tepi kanan video.
Walaupun hanya dimuat naik beberapa hari lalu, namun video tersebut yang kini mencatatkan lebih 6,000 tontonan difahamkan sudah mula tular di media sosial.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di ruangan juga bukan saja menjelaskan video tersebut telah mula tular di timeline media sosial mereka malah turut memuji video parodi tersebut yang dilihat berbeza daripada video-video lain sebelum ini.
“Asyik duk tengok Indonesia saja buat parodi lagu-lagu Hindustan, tak sangka ada juga orang Malaysia buat.
“Wow! harapa (orang) Malaysia buat lagi banyak parodi Bollywood lepas ni, jarang ada orang kita buat selalu tengok orang Indonesia saja yang banyak buat,” antara komen yang ditinggalkan netizen.
Masih belum menonton parodi yang menjadi bualan ramai ini? Tonton video ‘paling mirip’ Shah Rukh Khan di Jambatan Angkat menerusi pautan di bawah.- TheVocket.com
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=iE2SKeaArVg[/embedyt]
You must be logged in to post a comment.