PM sebut Hajiji sebagai Ketua Menteri hanya jika sekutu setuju – Annuar Musa

 

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menjelaskan tajuk berita ‘Hajiji calon KM Sabah – Muhyiddin’ yang disiarkan media hari ini tidak mengambarkan kenyataan sebenar yang disebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya baru bercakap dengan editor di Utusan Malaysia Online yang melaporkan “Hajiji calon KM Sabah-Muhyiddin”.

“Setelah disemak, ia jelas tidak menggambarkan apa yang sebenar dituturkan oleh YAB PM,” katanya, sebentar tadi.

Dalam ucapannya sebelum ini, Muhyiddin memberitahu soal pencalonan Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah memerlukan persetujuan rakan lain terlebih dahulu.

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk meminpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji.

“Ini juga memerlukan persetujuan dari sekutu Bersatu,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, isu siapa calon Ketua Menteri Sabah hanya akan diputuskan selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) selaras dengan dengan undang-undang tubuh negeri itu.

Kenyataan itu senada dengan pendirian Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, pelantikan KM Sabah hanya akan dipilih oleh ADUN BN dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker