Dulu Pilot pusing 1 Dunia, kini ‘Pilot’ pandu Van Jenazah kejar saham akhirat
Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, banyak sektor komersial terjejas teruk. Antara yang sangat ketara sudah tentu sektor penerbangan kerana hampir seluruh dunia menyekat pergerakkan secara bebas rakyatnya ke luar negara masing-masing.
Oleh sebab itu, ramai juruterbang dan juga krew kapal terpaksa diberhentikan ataupun mengambil cuti tanpa gaji disebabkan syarikat penerbangan juga mengalami kerugian.
Pilot di darat
Hal ini samalah seperti dihadapi oleh seorang juruterbang pesawat komersial yang sudah 11 tahun berkhidmat dalam bidang tersebut. Ahmad Rashidi Mohd Nazri, 37 telah memilih untuk menjadi ‘pilot’ didarat pula selepas terkesan dengan pendemik ini.
Menerusi Facebook Mohd Zulhairi Zainol yang juga merupakan pengasas Amalteam iaitu sukarelawan menguruskan jenazah golongan tidak berkemampuan telah menceritakan berkenaan ‘pilot’ baharu van jenazahnya.
Pandu van jenazah pula
Menurut sumber, Ahmad Rashidi merupakan seorang sukarelawan baharu yang menyertai Amalteam bagi membawa jenazah ke destinasi yang dituju. Pada hari tersebut, dia bertugas untuk menghantar satu jenazah dari Selayang menuju ke Melaka.
Dia turut mengagumi juruterbang itu yang langsung tidak kekok menguruskan jenazah dan tidak memilih sebarang pekerjaan walaupn sedang berdepan cabaran dalam kerjaya.
waktu cari saham akhirat
Ketika ditemu bual Harian Metro, Rashidi memaklumkan bahawa sejak Julai lalu dia kembali ke tanah air dan meneruskan kehidupan sambil mencari peluang lagi untuk kembali menyarung seragam juruterbang yang sudah sebati dengan jiwanya.
Dia yang sebelum ini bertugas di sebuah syarikat penerbangan komersial terkemuka yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emriah Arab Bersatu (UAE) telah menyertai skim pemberhentian kakitangan susulan pandemik Covid-19.
“Jika sebelum ini saya sibuk terbang ke merata destinasi seluruh dunia namun selepas berhenti kerja, banyak masa terluang dan saya anggap ini adalah waktu terbaik untuk mencari saham akhirat.”
Walaupun sudah tidak bergelar juruterbang, namun dia puas dengan apa yang dilakukan kepada masyarakat kini. Dia juga berharap keadaan akan kembali pulih dan dapat meneruskan kerjaya sebagai pilot pada masa akan datang.
Semoga Allah meredhaimu
Susulan perkongsian tersebut di Facebook sumber, Rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan tersebut dengan memuji apa yang dilakukan oleh juruterbang itu dan mendoakan agar urusannya terus dipermudahkan kelak.
Masya Allah, tahniah abang pilot
Semoga lahir lebih ramai sukarelawan seperti ini
Sumber: Harian Metro (Ekhwan Haque Fazlul Haque), Mohd Zulhairi Zainol, OhMyMedia
You must be logged in to post a comment.