Tak adillah untuk anak saya
Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan penubuhan partinya itu semata-mata untuk menjadikan anaknya, Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri.
Bagaimanapun, Mahathir berkata adalah tidak adil untuknya melarang anak-anaknya untuk menyertai mana-mana parti politik sedia ada di negara ini.
“Saya nak jelaskan, masa saya jadi perdana menteri, saya tak bagi anak saya masuk parti pun, tak boleh terlibat dengan politik, tak boleh meniaga dalam Malaysia.
“Sekarang saya tak jadi perdana menteri, saya nak kata…nak jaga nama baik saya awak janganlah masuk politik. Saya fikir tak adillah. Anak saya pun manusia juga, rakyat negara ini.
“Kalau dia nak buat dan kalau dia nak masuk tak akan saya nak kata sampai saya mati nanti baru boleh (masuk politik), susahlah,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Mahathir berkata demikian mengulas kenyataan Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr R Sivaperegasam Rajanthiran bahawa penubuhan parti Pejuang hanya untuk jadikan Mukhriz sebagai perdana menteri.
Dr R Sivaperegasam dilapor berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur kelmarin.
“Pada pengamatan saya mungkin ada motif yang lain dalam penubuhan Pejuang ini. Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya memastikan anaknya Datuk Mukhriz Mahathir sebagai presiden parti itu. Barangkali itu hakikat penubuhan Pejuang.
“Mukhriz akan akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri,” beliau dipetik sebagai berkata.
Mahathir berkata dia hairan kenapa Mukhriz menjadi sasaran dalam isu tersebut.
Kata Mahathir, selain dia ramai lagi anak ahli wakil rakyat di negara ini yang menyertai politik seperti Gobind Singh Deo, Lim Guan Eng dan Najib Razak.
“Saya dah 95 tahun, tak berapa lama lagi pergilah. Nanti lama-lama sangat PRU15 tak sempat nak masuk parti mana.
“Lagi pun ramai saja anak ahli politik sertai politik macam anak Karpal Singh, anak Lim Kit Siang, anak Tun Razak, anak Tun Hussien,” katanya. Mkini
Madey masih merasakan dia sorang jee yg cerdik. Orang lain tak ada otak