Isteri dipukul suami gara-gara mahu keluar bekerja

Seorang penganggur memukul isterinya dengan besi pemegang cangkul hingga cedera kerana tidak membenarkan wanita itu keluar bekerja dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Molek, Dungun di sini, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dua anak pasangan tersebut yang masing-masing berusia 10 dan 13 tahun sempat merakam perbuatan bapa mereka yang berusia 38 tahun itu terhadap ibu mereka yang berusia 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pasangan suami isteri itu telah berselisih faham hingga suspek gagal mengawal emosi dengan menarik rambut mangsa hingga wanita tersebut terjatuh.

“Suspek memukul isterinya di anggota badan selain menampar pipinya dengan kuat hingga mendatangkan kecederaan serta mengeluarkan ugutan mahu membunuh wanita tersebut serta akan memukul dua anak mereka. Akibat perbuatan itu, mangsa cedera paha kiri, tangan kiri dan sakit pada telinga akibat ditampar.

“Suspek juga merosakkan motosikal digunakan mangsa selama ini untuk berulang alik ke tempat kerjanya di Pasar Dungun. Insiden disaksikan oleh dua anak mereka masing-masing berusia 10 dan 13 tahun dan kedua-duanya sempat merakam video perbuatan suspek terhadap ibu mereka dengan menggunakan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Baharudin menambah, kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku kerana suspek memang seorang yang panas baran dan sering menjadikan wanita itu mangsa ketika marah.

Selepas mendapatkan rawatan, mangsa membuat laporan polis dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker