Alhamdulillah dan Tahniah kepada Pelakon Zul Yahya & Isteri selamat lahirkan Anak ke 6 (Lelaki)
“Alhamdulillah… bidadari sy selamat melahirkan pertama hati kami yg ke-6 (lelaki). Semoga menjadi anak yg soleh, hafiz, da’e, alim aamin yra. MashaAllah… 9 muharram 1442 hari Jumaat. Allah SWT hadirkan kpd kami seorang lagi permata hati.
“Alhamdulillah … ibu dan anak sihat dan dipermudahkan kelahirannya… #Allahmahabaik #amanahAllah #6point,” demikian tulis pelakon Zul Yahya apabila isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi selamat melahirkan cahaya mata keenam mereka Jumaat lalu.
Bintang yang kini bergiat aktif dalam bidang keagamaan itu turut menzahirkan rasa syukur apabila proses kelahiran tersebut dipermudahkan. Pada masa sama, Zul turut berdoa agar permata hati mereka membesar menjadi anak yang soleh dan al-hafiz.
Perkara itu dimaklumkan Zul menerusi satu posting di laman Instagram. Sementara itu menerusi satu hantaran lainnya, Zul turut menitipkan dedikasi istimewa bersempena dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga besarnya.
“MashaAllah, 9 muharram 1442 hari jumaat. Allah swt hadirkan kpd kami seorang lagi permata hati. Alhamdulillah, ibu dan anak sihat dan dipermudahkan kelahirannya. #Allahmahabaik #amanahAllah #6point,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Zul Yahya
You must be logged in to post a comment.