Biri-biri RM1.8 juta
GLASGOW: Seekor biri-biri baka Texel menjadi biri-biri paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga 368,000 euro (RM1.8 juta) dalam satu acara lelongan di Scotland.
Biri-biri diberi nama Double Diamond itu dijual di Jualan Texel Kebangsaan Scotland di Lanark, Khamis lalu.
Portal The Independent melaporkan biri-biri itu ditawarkan pada harga permulaan 10,500 euro (RM52,000).
Ia kemudian meningkat secara mendadak selepas proses pembidaan sengit antara pelbagai konsortium penternakan.
Double Diamond yang dijual oleh Charlie Boden dari Cheshire adalah anak biri-biri dibiakkan menerusi teknik rawatan kesuburan in-vitro (IVF).
Jurucakap persatuan itu berkata, anak biri-biri itu dibiakkan menerusi pemindahan embrio.
Selepas enam hari, embrio itu disuntik kepada ibu tumpang.
“Ini dilakukan untuk memanfaatkan kemajuan genetik dalam memastikan penghasilan baka terbaik,” katanya.
Rekod biri-biri termahal yang pernah dijual sebelum ini adalah pada harga 231,000 euro (RM1.1 juta).
Biri-biri berusia lapan bulan itu dijual pada harga 231,000 euro (RM1.1 juta), juga pada acara lelongan di Lanark.
Dalam lelongan Khamis lalu, 19 ekor biri-biri terjual dengan harga lebih daripada 10,500 euro dan biri-biri termahal kedua dijual pada harga 68,250 euro (RM338,000).
Berasal dari pulau Texel di Belanda, baka biri-biri Texel sangat popular dalam kalangan petani Inggeris kerana dagingnya berkualiti tinggi.- HM
You must be logged in to post a comment.