Muhyiddin takut isu Khairuddin, Kit Siang tak perlu buat provokasi bodoh
Lim Kit Siang mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin tidak berani beritahu Khairuddin untuk meletak jawatan terhadap kesalahan melanggar perintah kuarantin wajib.
Katanya lagi perdana menteri memberi nasihat kepada rakyat supaya bertanggungjawab dan berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Namun, ia adalah “nasihat hipokrit” berdasarkan apa dilakukan Khairuddin Aman Razali.
Lim Kit Siang lupa bahawa ia hanyalah kesalahan yang dikompaun bukan boleh dipenjarakan.
Khairuddin sudah pun menjelaskan kompaun tersebut dan meminta maaf.
Lagipun Khairuddin telah menjalankan ujian dan telah pun disahkan negatif.
Lim Kit Siang perlu hentikan membuat provokasi murahan seperti ini. Dengan pengalamannya di dalam arena politik negara membuat provokasi seperti ini meletakkan Lim Kit Siang setaraf macai parti sahaja.
Kenapa tidak menyuruh anak sendiri meletak jawatan bila terlibat dalam skandal rasuah terowong dan pembelian banglo dahulu?
Kesalahn ini lebih berat dari melanggar kuarantin.
Eloklah Lim Kit Siang bersara terus dari dunia politik dari membuat kenyataan-kenyataan bodoh.
You must be logged in to post a comment.