Michael Ang tengok diri ‘macam orang sakit’ bila dah kurus

SELEPAS menjalani pembedahan gastroplasty atau ‘membuang perut’ pada November dua tahun lalu, berat badan penerbit dan pengarah Michael Ang kini turun dengan mendadak.

Bagaimanapun, Michael nampaknya kurang gembira dengan situasi itu kerana menurutnya, dia kelihatan seperti orang yang sakit.

“Saya kehilangan berat sehingga 52 kilogram dan kini berat badan saya adalah 76 kilogram.

“Dari luaran, sebenarnya tak ada masalah pun. Proses pembedahan dan pemulihan berjalan dengan lancar tanpa komplikasi.

“Tapi, saya sendiri secara peribadi rasa macam melihat orang yang sakit bila tengok diri sendiri dalam cermin,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, jangkaan jumlah penurunan berat badannya sebelum ini adalah sekitar 35 kilogram sahaja.

“Tapi, semakin lama, berat badan saya semakin menurun dengan mendadak.

“Apapun, yang membuatkan saya tidak risau adalah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan, saya didapati sihat dan tak ada sebarang masalah penyakit,” katanya.

Sebelum membuat keputusan untuk menjalani pembedahan itu, Michael mengaku dia ada mendapat nasihat daripada doktor yang menyarankan supaya dia menjalani pembedahan atas faktor kesihatan.

Katanya lagi, pada awal dahulu dia cuba melakukan diet seimbang. Namun, pendekatan itu tidak berhasil dan akhirnya dia bersetuju dengan saranan doktor. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker