Pak Lah masih sihat, berita palsu kesihatan merosot
Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, lebih dikenali sebagai Pak Lah, masih lagi sihat, kata pihak pengurusan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ini selepas tular desas-desus melalui media sosial whatsapp mengenai keadaan kesihatan Abdullah yang merosot.
“Beliau masih berada dalam keadaan sihat disamping keluarga tersayang.
“Pengurusan galeri menafikan penularan berita tidak benar tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Abdullah yang kini berusia 80 tahun, berprofil rendah sejak beliau meletak jawatan pada tahun 2009.
Kenyataan umum yang terakhir dibuat olehnya pada 6 Mei 2018, tiga hari sebelum hari mengundi PRU14 yang menggesa pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan rasional ketika mengundi.
Pada Jun 2019, Bernama melaporkan bekas perdana menteri kelima itu masih sihat dan ikut menghadiri majlis awam.
https://mykmu.net/2017/02/26/karma-itu-kembali-padanya-di-akhir-usia/