Zahid Perjelas Sebab UMNO Tidak Sertai PN

Berikut disiarkan sesi soal jawab sidang media dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yangmengumumkan parti itu tidak akan sertai Perikatan Nasional sebaliknya mengukuh hubungan dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN).

Apakah sebab keputusan ini?

Keputusan UMNO untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai komponen diputuskan oleh Majlis Tertinggi di dalam mesyuarat yang kami adakan pada 24 Julai lalu.

Keputusan itu mengambil kira UMNO berpendapat bahawa Muafakat Nasional (MN) di mana piagam dan memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani, adalah wadah yang terbaik untuk UMNO, PAS dan parti-parti komponen BN yang lain bagi menghadapi apa jua kemungkinan di dalam waktu terdekat ini.

Adakah keputusan ini ada kena mengena dengan keputusan mahkamah dalam kes Datuk Seri Najib Razak?

Itu terpulang kepada pengamal-pengamal media untuk melakukan interpretasi masing-masing.

Berapa lama akan dibincangkan permohonan Bersatu untuk menyertai MN?

Saya akan berbincang dengan Presiden PAS dan juga jawatankuasa induk MN. Semolek mungkin kita akan buat keputusan muktamad apabila jawatankuasa induk ini bermesyuarat.

Berapa lama tempoh?

Kita utamakan Hari Raya Haji dahulu baru kita cerita hal politik.

Adakah ini langkah awal menjelang PRU akan datang?

Bukan langkah awal tapi pada hemat saya ianya merupakan langkah yang telah difikirkan semasak-masaknya oleh kepimpinan UMNO dan BN.

Dengan keputusan ini bagaimana dengan kedudukan menteri-menteri?

Ini bukan pengumuman mengenai keputusan kami untuk tarik diri dari PN. Keputusan saya di sini, ialah untuk mengumumkan kita tak akan participate (mengambil bahagian) in the formation of PN. Our decision is not to be the component member if PN were to be registered.

pnbbcportal.com

AFIFAH NASIR SAMBUT BIRTHDAY BERSAMA KEKASIH HANDSOME – NETIZEN PERTIKAI MINUMAN ‘CHAMPAGNE’?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker