Duda maut tembak diri, dipercayai kemurungan
Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai menembak diri sendiri di rumahnya di Taman Seri Maklom, Seri Pinang, di sini pada Isnin.
Pemuda berusia 30 tahun itu, dikatakan menembak diri sendiri di bahagian kepala dengan menggunakan sepucuk pistol dalam kejadian jam 5.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mayat lelaki itu ditemui oleh bapanya di dalam tandas di tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu.
Mayat lelaki yang juga seorang duda itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan berlubang di bahagian kiri kepalanya.
Senjata yang digunakan turut ditemukan di sebelah mangsa.
Norzainy berkata, sebelum kejadian, bapa mangsa bangun untuk ke tandas pada jam 3.30 pagi mendapati katil anak bongsu dari empat adik beradik itu kosong dan tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak diingini.
Bagaimanapun bapa mangsa yang bangun untuk kali kedua pada jam 5.30 pagi terkejut apabila mendapati anaknya berada dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam sebuah lagi tandas yang sering digunakan anaknya itu.
“Polis menemui sepucuk pistol, dari siasatan awal senjata bukan milik sesiapa dan polis sedang menyiasat pistol milik siapa.
“Si mati berumur 30 tahun, seorang duda, tinggal bersama ibu bapa. Kali terakhir dilihat jam 11.30 malam. Si mati dijumpai bapanya yang bangun untuk ke tandas untuk solat Subuh. Motif masih siasatan, si mati ada (sejarah) sakit,” kata Noorzainy ketika dirtemui di sini hari ini.
Siasatan mendapati, mangsa tidak bekerja dan tinggal di rumah bersama ibu bapanya selepas bercerai dengan isterinya.
Mangsa juga disyaki mengalami kemurungan berdasarkan rekod perubatan mangsa yang pernah mendapatkan rawatan psikiatri di India pada 2017.
Norzainy berkata, pihaknya masih menyiasat bagaimana senjata berkenaan boleh berada bersama mangsa.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kes juga disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (PLB) 1971/Seksyen 8 (a) Senjata Api 1960. Awani
dalam laporan tak kata si bapa ada terdengar bunyi tembakan, pelik betul
agaknya si bapa tuli/pekak mengalahkan macam dalam cerita ‘keluarga 69’ P. Ramlee
polis tanya pakcik tak dengar bunyi tembakan?
lalu dijawabnya…
oh pakcik bukan bangun nak makan tapi nak solat subuh
agaknya juga si mati guna ‘silencer’ untuk memembak diri(bunuh diri)