‘Ingatkan penonton tak perasan’ – Gigi penyampai berita tercabut ketika siaran langsung

MENGENDALIKAN siaran secara langsung bukan mudah dan amat mencabar.

Apa tidaknya dengan segala macam gangguan teknikal, kesilapan tidak disengajakan serta kerenah tetamu yang sukar diramal.

Itulah yang dialami penyampai berita di Ukraine, Marichka Padalko yang berdepan situasi agak ‘memalukan’ apabila gigi hadapannya tercabut ketika siaran langsung berita.

Memetik laporan BBC, situasi itu bagaimanapun dikawal dengan penuh profesional apabila Marichka meletakkan gigi yang tercabut di dalam tangan tanpa berhenti membaca berita.
“Sejujurnya saya ingat penonton tidak akan perasan dengan insiden itu.



“Tapi ia meleset apabila para penonton cukup memberi perhatian,” tulis Marichka yang turut memuat naik video itu di akaun Instagram miliknya.

Marichka turut mendedahkan dia perlu membaiki giginya pada 10 tahun lalu selepas ditumbuk anak perempuannya secara tidak sengaja menggunakan jam loceng jenis logam.

Walaupun rangkaian televisyen tidak memuat naik video tersebut di YouTube, Marichka kagum dengan sokongan yang diterima.

“Dalam apa situasi, kekal tenang.



“Jumpa anda semua esok pagi,” tambahnya. Awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker