Kematian Belum Terbela, Keluarga Adib mahu saman polis

Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan kegagalan dan kecuaian polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Bapa allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, kematian anaknya belum terbela, menyebabkan mereka sekeluarga bersedih walaupun reda dengan pemergian itu, lapor Harian Metro.

“Saya kehilangan anak tetapi kematiannya masih belum terbela, jadi saya mahu menuntut ganti rugi, kami sekeluarga sungguh kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Saya berasa perkara ini pelik, bagaimana ketua polis negara membuat kenyataan bercanggah sedangkan Mahkamah Koroner sudah putuskan arwah meninggal dunia akibat perbuatan jenayah,” beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi di Alor Setar hari ini.

mk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker