Dadah, syabu bernilai RM1.7 juta dirampas di kondominium

Dadah, syabu bernilai RM1.7 juta dirampas di kondominium

Dadah, syabu bernilai RM1.7 juta dirampas di kondominium

JOHOR BAHRU: Satu sindiket penyimpanan dan pengedaran dadah tumpas selepas serbuan ke atas sebuah kondominium di bandar raya di sini yang dijadikan stor penyimpanan dadah bernilai RM1.7 juta.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiga serbuan dilancarkan bermula 3.30 petang pada 9 Jun hingga hari berikutnya di sekitar bandar raya itu dan empat suspek ditangkap.

“Dalam serbuan pertama, seorang lelaki dan perempuan masing-masing berusia 21 dan 24 tahun ditangkap bersama sejumlah dadah jenis heroin.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis ganja dan seorang lagi memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah,” katanya pada sidang media.

Ayob berkata, susulan daripada tangkapan itu, dua lagi serbuan dilakukan dan berjaya menangkap dua suspek lelaki berusia 24 dan 25 tahun bersama sejumlah dadah jenis syabu dan heroin.

“Modus operandi sindiket ini ialah dengan menyewa kondominium ‘gated and guarded’ untuk dijadikan stor penyimpanan dadah dan beroperasi sejak April tahun lalu,” tambah beliau.

Katanya, hasil serbuan itu, polis merampas 34kg dadah jenis syabu bernilai RM1.2 juta dan 47kg heroin bernilai RM558,000 dengan jumlah keseluruhan rampasan dadah sebanyak RM1.7 juta.

“Selain dadah yang boleh digunakan oleh 411,000 penagih itu, polis turut merampas dua kenderaan bernilai RM40,000 dan keseluruhan nilai rampasan bersama sitaan adalah RM1.8 juta,” katanya.

Tambah beliau, semua suspek ditahan reman enam hari bermula 10 hingga 15 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Dadah, syabu bernilai RM1.7 juta dirampas di kondominium


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker